Wednesday, October 5, 2011

Persoalan Hudud.Bolehkah anda menjawabnya?

1. Kuasa untuk melaksanakan hudud sebenarnya ada ditangan UMNO(bukan PAS/PR).Selama 54 tahun UMNO memerintah tapi mereka belum bersedia untuk melaksanakanya.Kenapa?

2. UMNO selalu mengatakan bahawa Malaysia belum bersedia untuk melaksanakan hudud tetapi tiada sebarang tindakan telah diambil menyediakan rakyat untuk menerima hukum ini dimasa depan.Kenapa?

3. Raja Melayu bertanggung-jawab mengenai hal ehwal Islam tetapi berdiam diri dan tiada sebarang tindakan oleh mereka untuk melaksanakan hukum hudud.Kenapa?

4. Kerajaan negeri Kelantan dan Trenggannu telah meluluskan enakmen hudud semasa pemerintahan PAS tetapi enakmen ini tidak boleh dilaksanakan kerana tentangan dari Kerajaan Pusat,yang diterajui oleh UMNO.Kenapa?

5. Hukuman mati dan hukuman sebat oleh Makamah Sivil dapat diterima oleh rakyat tetapi rakyat dikatakan belum bersedia untuk terima hukuman hudud.Kenapa?

6. Hukum hudud tidak akan dijalankan terhadap org bukan Islam tetapi orang bukan islam dikatakan takut dengan hudud.Kenapa?

7. Org bukan islam telah hidup dalam suasana dimana Makamah Syariah menjalankan hukuman terhadap orang islam saperti kesalahan berkhalwat,mimuman keras,berjudi dsn tetapi dkatakan takut dengan hukum hudud.Kenapa?

No comments: