Monday, December 13, 2010

Wikileaks:Dedahan yang ditunggu-tunggu

Teman tak sabar menunggu pendapat LKY dan diplomat Singapura mengenai pembunuhan Altantuya.Teman juga tidak sabar tunggu dedahan mengenai kematian Teoh Beng Hock yang konon nya membunuh diri, kehilangan enjin jet,kapal selam,Apco dan sebagainya.

Teman juga tidak sabar nak dengar mengenai pendapat Singapura mengenai pembabitan Dr.Mahatir dalam kes Sodomi 1.Hipokrit ini setuju dengan padangan LKY mengenai Anwar tapi tak setuju dengan pandangan rendah LKY terhadap kerajaan BN.

Teman juga ingin dengar dedahan mengenai pembabitan Najib dan Rosmah dalam Sodomi2.Juga pembabitan Musa Hassan dan Gani Patail dalam Sodomi1 dan Sodomi2.

Harap Utusan dedahkan semua ini, sepertimana ia menyebarkan Wikileaks terhadap Anwar. Mungkinkah juga Utusan akan dianggap sebagai Agen Singapura kerana menyiarkan pendapat LKY, sepertimana Anwar dilabelkan sebagai Agen Amerika? Kita tunggu dan lihat adegan adegan selanjutnya.

Inilah Malaysia BN. Satu Malaysia untuk pemerintah dan satu Malaysia lain untuk yang diperintah.

Wikileaks:Anwar Masuk Perangkap Seks

Anwar Ibrahim dikatakan memasuki perangkap seks yang melibatkankan Saiful Bukhari.Kalau ini benar,dimana videonya?

Dalam kes Ketua MCA,Dr Chua Soi Lek, ada video seks dan berdasarkan video ini,beliau telah membuat pengakuan.Tetapi tidak ada apa tindakan yang diambil oleh pihak Polis.

Didalam kes Anwar Ibrahim,Sodomi 2 dijalankan oleh polis,melibatkan ramai kakitangan polis dan forensik.Kalau perangkap ,mesti ada video.Dengan ada video,senang sekali untuk dapat pengakuan daripada Anwar,bukan? Tapi dalam kes ini,walaupun tidak ada pengakuan,pihak polis mengambil tindakan.

Polis/Pendakwa tak berat sebelah? Satu lagi kes pendakwaan pilihan?

Fikir fikir...

Saturday, December 11, 2010

APA SUMBANGAN ANDA KEPADA MALAYSIA?

Apabila rasuah jadi kebiasaan,apabila ketidakadilan jadi warisan,apabila fitnah menjadi lumrah,apabila diri lebih penting dari masyarakat,apabila mata yang celik jadi buta,apabila telinga yang baik jadi pekak,apabila suara lantang jadi bisu,apabila ketakutan bermaharajalela,maka binasalah negara kita.


Apakah sumbangan anda untuk membawa perubahan untuk memulihkan negara kita ini? Ataupun, anda hanya mengeluh tetapi mengharap orang lain untuk selamat Malaysia anda.

Kenapa tidak anda mengambil initiatif untuk memyumbang? Setiap sumbangan walaupun kecil (mengikut kemampuan kita)dapat membantu kita untuk memulihkan keadaan negara kita.

Pejuang Rakyat mesti berjiwa besar untuk membuat perubahan, menghadapi setiap cabaran dan halangan yang akan dilemparkan kepada kita.Tidak ada tawar hati dan tidak ada pengunduran diri dalam perjuangan ini.Kerana perjuangan kita kerana Allah dan perjuangan kita berlandasan kebenaran.


Teruskan perjuangan,demi masa depan anak anak kita.

LAWAN TETAP LAWAN

Saturday, December 4, 2010

Kenaikan Gaji Ditangan Pekerja-Gerakan Kuasa Pekerja

Selepas menang Galas dan Batu Sapi, BN/UMNO yakin bahawa mereka mendapat sokongan rakyat. Walaupun harga minyak dinaikkan,rakyat akan terus mengundi BN/UMNO.Agaknya,rakyat tidak kisah dengan kenaikan harga. Mungkinkah rakyat Malaysia sudah kaya ? Ataupun,tahap penahanan kesengsaraanya amat tinggi, ataupun rakyat Malaysia lemah dan senang diperlekehkan?

Bukan saja harga minyak yang naik.Semua barangan/servis lain juga telah naik secara mendadak, sejak dua tahun yang sudah, tetapi gaji rakyat tidak naik setanding dengan kenaikan kos sara hidup.

Pegawai kerajaan bernasib baik kerana gaji mereka naik dan sekarang secara amnya, pampasan/ imbuhan jawatan kerajaan lebih tinggi daripada jawatan swata.Tetapi malang nya,kerajaan mengabaikan kebajikan pekerja sektor swasta ,walaupun kerja disektor ini lebih stres.

Isu gaji minima juga telah dibangkitkan sebelum PRU 12 tetapi tidak ada apa apa perubahan yang telah dibuat oleh Pemerintah.Sehingga kini,gaji minima hanya jadi satu gimik politik.Hanya janji janji kosong sahaja.

Apa yang berlaku sekarang?

Ramai rakyat terutamanya yang berpendapatan rendah menghadapi kesempitan hidup.Gaji dan OT tidak cukup walaupun suami isteri bekerja.Apakah tindakan yang mereka boleh lakukan?

Kuasa pekerja adalah satu kuasa yang boleh mengegarkan lanskap negara. Pekerja swasta disarankan guna kuasa pekerja sebagai golongan majoriti dalam negara, untuk mengerakan aktiviti kesatuan sekerja ,untuk memperjuangkan untuk kenaikan gaji. Hakikatnya, hanya kuasa pekerja dapat membantu pekerja.Pemerintah yang akrab dengan pengusaha dan majikan,tidak simpati dengan keperitan hidup yang pekerja swasta sedang menghadapi.

Pekerja juga disarankan megunakan kuasa pekerja untuk membuat pertukaran kerajaan dalam PRU13.Kuasa perlu dikembalikan ketangan rakyat.Kita perlu buktikan kepada kuasa ditangan kita dan bukan ditangan UMNO/BN.

BERSATU TEGUH ,BERCERAI ROBOH