Sunday, February 15, 2009

Jalan jalan di Pasar Kg. Manjoi pada Hari Ahad, 2009-Feb-15

Pada pagi ini, saya berkunjung ke Pasar Kg. Manjoi. Setiba saya di sana, saya dapati Pasar tersebut penuh sesak dengan suri rumah dan keluarga yang datang untuk sarapan pagi serta membeli barang dapur.

Saya juga melihat para aktivis politik menyebar risalah mengenai isu kemelut politik di Perak.Dari pengiraan saya, kalau 100 orang yang diberi risalah hanya 5 orang sahaja yang enggan menerimanya. Saya tidak melihat seorang pun yang membuang risalah yang diterimanya.

Komen komen yang saya dengar semuanya memihak kepada Dato Seri Nizar dan mereka dukacita dengan tindakan DYMM Sultan dan BN.Rata rata mahu DUN dibubarkan dan rakyat di beri peluang untuk memilih kerajaan baru. Komen yang sama saya dengar dari penyokong BN (penjual Pasar).

Nampaknya, orang Manjoi sudah celik.Penjual ikan yang saya berbual berpendapat sokongan terhadap Pakatan Rakyat semakin kuat dan DUN Manjoi boleh jatuh ke tangan Pakatan sekiranya pilihanraya di adakan dalam masa yang terdekat.

Kesimpulanya, bubarkan DUN Perak dan adakan pilihanraya semula. Biar Yop dan Yong menentukan siapa patut memerintah.Seharusnya Bn menyahut cabaran ini dengan bersetuju membubarkan DUN PERAK.

Pulangkan kuasa kepada rakyat!

Wednesday, February 11, 2009

Sanggupkah Pendekar UMNO Perak turun gelanggang?

Sanggupkah Pendekar UMNO Perak turun gelanggang?

Benarkah Rakyat Perak mengucapkan tahniah kepada Dr. Zamry Abd. Kadir,YAB Menteri Besar dan Majlis Kerajaan Negeri Perak BN yang di lantik oleh DYMM Sultan Perak pada Feb-09?

Rakyat Perak ingin memperingkatkan Dr. Zamry dan Exco nya bahawa Kerajaan mereka adalah kerajaan yang ditubuhkan melalui pintu belakang.Walaupun mereka dilantik oleh DYMM Sultan Perak, kerajaan mereka tidak direstui oleh rakyat Perak.

Pada PRU 12, rakyat Perak telah memberi mandat kepada Pakatan Rakyat untuk memerintah Negeri Perak dan bukan kepada BN.Sebagai orang yang berani dan wibawa,tentu sekali Dr. Zamry dan ahli ahli Exconya akan merasa kurang senang dengan label “Kerajaan Pintu Belakang”.

Oleh demikian, kami Rakyat Perak ingin mengesyorkan supaya beliau memohon kepada DYMM Sultan Perak untuk membubarkan DUN Perak.Keberanian Dr. Zamry dan rakan rakanya masuk gelanggang untuk bertarung semula akan menerima tabit hormat daripada rakyat Perak.Barulah mereka layak digelar Pendekar UMNO Perak.

Menang atau kalah itu adat pertarungan.Dimata rakyat mereka dikira telah menang.

Sunday, February 8, 2009

Budaya Rasuah Politik UMNO

Rakyat Malaysia sudah bosan dengan budaya politik wang (rasuah politik ) yang diamalkan dalam arena politik terutama sekali dengan parti pemerintah.Masalah ini telah capai suatu peringkat serius dalam parti UMNO, dimana MACC ( Anti Rasuah) telah diarahkan untuk memain pernanan membenteras gejala rasuah di dalam pilihanraya parti UMNO.

Setelah kekalahan BN/UMNO dalam PRU 12 pada 2008-Mar-08,pemerintah UMNO telah membuat kenyataan demi kenyataan bahawa mereka telah mendengar suara rakyat dan akan berubah haluan .Pemerintah UMNO telah berikrar untuk menghapuskan gejala rasuah ini.

Apakah hasil nya selepas 11 bulan?

Padangan Rakyat ialah usaha usaha tersebut hanya cakap kosong untuk menyedapkan hati Rakyat tetapi hasil nya tiada ,sebab pemimpin UMNO sendiri sudah terikat dengan gejala tersebut.Budaya rasuah dalam UMNO susah untuk dikikis.Kalau di Peringkat Parti pun boleh gagal, usaha di Peringkat Kerajaan tidak akan berjaya sama sekali.

Kenapa?

Sebabnya minda& hati pemerintah UMNO tidak berubah.Cakap tak serupa bikin.Kontrovesi saperti Eurokopter,pembelian kapal selam, saluran wang Kerajaan Persekutuan terus kepada badan badan BN,pembunuhan wanita Mongolia, keculikan mata gelap, rasuah dalam pemilihan UMNO dsn. telah membuktikan bahawa budaya ini bermula daripada pihak tertinggi UMNO.

Jadi, tidak hairanlah kenapa dan atas sebab apa 4 ADUN Perak lompat kepada BN baru baru ini.

Friday, February 6, 2009

PERSAMAAN SEPT-16 & FEB-06 ?

Rata rata rakyat Malaysia menyatakan bahawa lompat parti atau ‘hijrah’ parti itu satu tindakan yang tidak beretika. Tetapi kita dapati parti politik samada pemerintah ataupun pembangkang pernah mengunakan strategi ini untuk mengambil alih kuasa.

DSAI sendiri telah mengunakan taktik kejut/gertak ( Sept-16 ) untuk mengambil alih kuasa kerajaan Malaysia.BN termakan dengan taktik ini sehingga sekumpulan wakil Rakyat telah di hantar keluar negeri.TDM , PM dan DPM begitu runsing sekali dengan kemungkinan ini.

Kita tahu bahawa sekiranya lompatan itu berlaku, BN akan memohon kepada DYMM SPB YDP Agong untuk membubarkan Parlimen dan Tuanku akan memperkenan permohonan tersebut.

Walau bagaimana pun, Sept-16 tidak berlaku dan tiada apa yang perlu di perkatakan lagi. Acah bukan salah.

Pada Feb-05 , 4 Adun Perak daripada Pakatan Rakyat telah lompat kepada BN menyebabkan Pakatan Rakyat hilang majoriti. MB Perak telah memohon kepada DYMM Sultan Perak untuk membubarkan DUN Perak tetapi Tuanku tidak memperkenankan nya. Kerana 4 orang ini,Kerajaan Pakatan yang diberi mandat oleh rakyat telah tumbang.

BN telah menubuhkan Kerajaan Perak pada hari ini, Feb-06, melalui pintu belakang ( lompatan katak). Adakah ini beretika? Rata rata rakyat Perak rasa tertipu. Mandat yang mereka berikan kepada Pakatan Rakyat tidak dihormati oleh BN dan tidak dipertahankan oleh DYMM Sultan Perak.


Lompatan bukan lah suatu amalan yang baik .Lompatan yang menyebabkan kejatuhan Kerajaan yang sah adalah suatu kesalahan besar. Perlembagaan patut dipinda supaya lompatan yang menyebabkan kerajaan sah hilang majoriti, akan menyebabkan kerusi berkenaan dikosongkan secara automatik dan pilihanraya kecil diadakan.

Menang sorak, kampong tergadai

“Lompatan bukan cara sah untuk menubuhkan kerajaan.Pilihanraya adalah jalan yang sah.” Itu adalah kata kata bijak daripada Ku Li.

Oleh demikian , tindakan Dato Seri Nizar untuk tidak meletakan jawatan merupakan satu keputusan yang baik ,walaupun ianya bercanggah dengan titah DYMM Sultan Perak.

Kenapa pula kerajaan yang sah (halal) , mesti digantikan dengan kerajaan baru yang tidak sah ( haram)? Keputusan DYMM untuk tidak membubarkan DUN Perak merupakan suatu keputusan yang tidak baik , kerana ianya seolah olah menghalalkan apa yang haram.Keputusan Tuanku sepatutnya dibuat atas landasan moral atau hasrat rakyat dan bukan berdasarkan prosedur Perlembagaan.

Kemelut politik di Perak ini tidak akan berakhir dengan perlantikan Kerajaan BN pada Feb-06 . Krisis ini akan berlarutan sehingga kuasa di serahkan kembali kepada rakyat untuk menentukan kerajaan pilihan mereka.

Kuasa rakyat dapat dikembalikan sekiranya 2 Adun BN keluar parti .Yang pasti, sekiranya Pilihanraya di adakan di Perak, rakyat Perak akan menghukum BN dan akan memperolehi majoriti 2/3.

Pakatan Rakyat disarankan untuk guna pakai Tragedi Perak untuk menghasilkan Tsunami Kedua, yang akan memberi pukulan KO kepada BN pada PRU 13 yang akan datang. Bak perpatah, “ Menang sorak, kampong tergadai”.