Monday, October 4, 2010

Usul utk menguatkan proses pemilihan parti PKR

Adalah di sarankan bahawa perlembagaaan parti di gubal supaya hanya ahli yang hadir mesyuarat ranting (lebih dari 4 kali?) layak membuang undi.

Dari pemantauan kami, ramai yang datang membuang undi tidak menghadiri mesyuarat Agong yang sedang berjalan,bahkan ramai yang tidak pernah hadir satu mesyuaratpun.Bagaimana mereka hendak memilih pemimpin yang berkualiti sekirnya mereka tidak tahu mengenai aktiviti parti atau kaliber peminpinnya?

Kelemahan ini boleh di salah gunakan untuk mengambil kuasa tanpa membuat sebarang kerja atau sumbangan untuk parti.

Pada pendapat saya,proses yang dicadangkan boleh membantu parti untuk membina pimpinan yang lebih berkualiti dan memantapkan pimpinan disemua peringkat.Selain dari kelayakan,proses yang disarankan adalah saperti berikut:

1.Setiap ahli yang datang untuk mesyuarat Agong perlu mengdaftar sebelum dibenarkan masuk kedalam dewan untuk mengikuti perjalanan mesyuarat.

2.Setiap calun dibenarkan 5 minit untuk berucap dalam mesyuarat untuk memperkenalkan diri dan agenda perjuangan masing masing.

3.Kertas undi dikeluarkan apabila mesyuarat tersebut selesai dan pengundian dijalankan selepas ini.

No comments: