“Lompatan bukan cara sah untuk menubuhkan kerajaan.Pilihanraya adalah jalan yang sah.” Itu adalah kata kata bijak daripada Ku Li.
Oleh demikian , tindakan Dato Seri Nizar untuk tidak meletakan jawatan merupakan satu keputusan yang baik ,walaupun ianya bercanggah dengan titah DYMM Sultan Perak.
Kenapa pula kerajaan yang sah (halal) , mesti digantikan dengan kerajaan baru yang tidak sah ( haram)? Keputusan DYMM untuk tidak membubarkan DUN Perak merupakan suatu keputusan yang tidak baik , kerana ianya seolah olah menghalalkan apa yang haram.Keputusan Tuanku sepatutnya dibuat atas landasan moral atau hasrat rakyat dan bukan berdasarkan prosedur Perlembagaan.
Kemelut politik di Perak ini tidak akan berakhir dengan perlantikan Kerajaan BN pada Feb-06 . Krisis ini akan berlarutan sehingga kuasa di serahkan kembali kepada rakyat untuk menentukan kerajaan pilihan mereka.
Kuasa rakyat dapat dikembalikan sekiranya 2 Adun BN keluar parti .Yang pasti, sekiranya Pilihanraya di adakan di Perak, rakyat Perak akan menghukum BN dan akan memperolehi majoriti 2/3.
Pakatan Rakyat disarankan untuk guna pakai Tragedi Perak untuk menghasilkan Tsunami Kedua, yang akan memberi pukulan KO kepada BN pada PRU 13 yang akan datang. Bak perpatah, “ Menang sorak, kampong tergadai”.
No comments:
Post a Comment